Make your own free website on Tripod.com

 


BICARA GURU BESAR
 

BERSAMA MELAYARI LAMAN

ALHAMDULILLAH DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA,
BERKAT KESUNGGUHAN PARA PENDIDIK DI SEKOLAH INI,
KITA DAPAT MENYIAPKAN LAMAN WEB YANG MENAMPILKAN
KECERIAAN SEKOLAH DI PERSADA KECANGGIHAN
TEKNOLOGI UNTUK DILAYARI BERSAMA.

MENERUSI LAMAN WEB INI, KAMI BERHARAP
SEGALA PENGALAMAN YANG ADA, DAPAT DIKONGSI BERSAMA.
SESUNGGUHNYA PERKONGSIAN SEUMPAMA INI DAPAT
MENINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN SEKOLAH YANG MENJURUS
KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PADA KESELURUHANNYA.

DALAM MENEMPUH KEPERLUAN ALAF BARU,
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI GAYA, KOTA KINABALU,
SABAH, TELAH MENGATUR PELBAGAI STRATEGI KHUSUSNYA
DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK,
KURIKULUM TANPA MEMINGGIRKAN SAHSIAH DAN
JATI DIRI DI KALANGAN MURID-MURID., DI SAMPING
MEMANTAPKAN ILMU PARA GURU BAGI MEMASTIKAN
KUALITI PENGAJARAN SELARAS DENGAN USAHA KERAJAAN
MENJADIKAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA BERTARAF DUNIA.
BAGI MEREALISASIKAN CITA-CITA TERSEBUT, PROGRAM
BEYOND EXCELLENCE TELAH DIRANGKA DENGAN BEGITU TERATUR
DAN AKAN MENJADI PANDUAN KE ARAH KECEMERLANGAN.

SEMOGA DENGAN ADANYA RUANG JARING INI,
KITA DAPAT MEMBINA KEKUATAN BERSAMA
UNTUK MEWUJUDKAN PENDIDIKAN YANG BERTARAF DUNIA.

WASSALAM.
EN. ABD GHANI BIN HJ. MOHD KASSIM
Guru Besar SK Sri Gaya Kota Kinabalu